Rabu, 22 Desember 2021

Carilah Redha Allah, Bukan Redha Manusia.._

 🌺🌺♾️♾️🌺🌺🌺♾️♾️🌺🌺

*_TAZKIRAH RINGKAS  untuk renungan kita bersama hari ini.._*

🌺🌺♾️♾️🌺🌺🌺♾️♾️🌺🌺


**


_Kita tidak mampu membuatkan semua orang menyukai kita.._

 _Kita juga tidak mampu membuat semua orang untuk menerima kita.._


_Kerana sebaik apapun kita, pasti akan selalu ada yang tidak suka.._ 

_Kerana sekeras apapun usaha kita, pasti akan selalu ada pihak yg tidak menerima keberadaan kita.._


_Kita berbagi kebaikan dikatakan menunjuk-nunjuk.._ 

_Kita berbuat kebajikan dikatakan pula pencitraan.._


*_Sesungguhnya,_*

_tidak akan ada habisnya waktu kita jika tujuan kita adalah penilaian manusia. Berbeza jika tujuan kita adalah keredhaan Allah.._

.

_Allah akan menerima sekecil apapun kebaikan kita, tidak peduli sebanyak manapun keburukan kita.._


_Kerana dalam pandangan Allah subhanahu wa ta'ala,_

_satu kebaikan mampu menutupi seribu keburukan.._ 

_Tetapi jika dalam pandangan manusia satu keburukan  akan dapat menutupi seribu kebaikan.._

.

_Daripada sibuk dengan penilaian manusia, lebih baik sibukkan diri merubah penilaian kita dihadapanNya.._


*_"Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada  siapapun..__* 

*_Kerana yg menyukaimu tidak memerlukan itu, dan yg membencimu tidak percayakan itu.."_*

*_(Ali bin Abi Thalib)_*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

  وعَيْنُ الرِّضا عن كلِّ عيبٍ كليلةٌ ولكنّ عينَ السخطِ تُبدِي المَساوِيا  Jika senang, tak ada yang tampak di mata kecuali yang baik-baik. ...