AKHLAK RASULULLAH ﷺ‎ YANG PATUT KITA CONTOHI‌‎

 PERKONGSIAN TAZKIRAH, [26/12/2021 18:22]

Ikhlas


Sekiranya kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, 

kamu tidak akan lagi mengenang- ngenangnya, memikir- mikirkannya

apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala ikhlas.


Imam Ghazali


PERKONGSIAN TAZKIRAH, [26/12/2021 18:31]

AKHLAK RASULULLAH ﷺ‎ YANG PATUT KITA  CONTOHI‌‎


١. Baginda selalu diam.


٢. Berbicara ketika perlu.


٣. Perbicara'annya fasih, ringkas tetapi padat.


٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.


٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah سبحا نه و تعالى.


٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'.


٧. Berfikir terus-menerus.


٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.


٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.


١٠. Tidak pernah-marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.


١١. Marah bukan kerana nafsu.


١٢. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.


١٣. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.


١٤. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.


١٥. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.


١٦. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.


١٧. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda mema'afkan dan berlapang dada.


١٨. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah سبحا نه و تعال.


١٩. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.


٢٠. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.


٢١. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.


٢٢. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.


٢٣. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.


٢٤. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.


٢٥. Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain.


٢٦. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.


٢٧. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tiga perkara yang perlu rahsiakan kepada orang ramai iaitu umur‚ harta dan tentang keluarga kita.

Hati letih

6 nasehat