HIDUP ADALAH UJIAN

 PERKONGSIAN TAZKIRAH, [26/12/2021 18:22]

Ikhlas


Sekiranya kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, 

kamu tidak akan lagi mengenang- ngenangnya, memikir- mikirkannya

apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala ikhlas.


Imam Ghazali


PERKONGSIAN TAZKIRAH, [26/12/2021 18:31]

*HIDUP ADALAH UJIAN*


*Orang miskin diuji dengan kekurangan.*

*Orang kaya diuji dengan kelebihan.*


*Orang gagal diuji dengan rasa kecewa.*

*Orang berjaya diuji dengan rasa bongkak.*


*Orang sakit diuji dengan derita.*

*Orang sihat diuji dengan kehebatan.*


*Orang bujang diuji dengan kesepian.*

*Orang berpasangan diuji dengan perselisihan.*


*Orang hodoh diuji dengan kejian.*

*Orang cantik diuji dengan pujian.*


*Orang bodoh diuji dengan rasa rendah diri*

*Orang pandai diuji dengan rasa bangga*


*MAKA ..*


*Ketika diri berada di atas.*

*Jangan lupa diri memandang ke bawah.*


*Ketika diri bila di bawah.*

*Jangan lupa diri* *mendongak ke atas.*


*Sesungguhnya di dunia ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai jenis ujian*. 


*Moga kita diberi petunjuk serta jalan agar dapat kita lalui ujian ini dan terus berada di landasan yang benar.*


*Alhamdulillah ♥️*

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tiga perkara yang perlu rahsiakan kepada orang ramai iaitu umur‚ harta dan tentang keluarga kita.

Hati letih

6 nasehat